
Akhirnya kita sedar yang Si Kecil itu adalah kita dan air mata kita berlindangan melihat diri kita yang sudah dewasa dengan keadaan yang mudah putus asa walaupun dugaan yang datang berkunjung tiba itu tidak melebihi dari kemampuan kita. Kita terus rebah tanpa kenal erti usaha. Kita tiup segala habuk-habuk yang ada dan kita rapatkan mata di kalam yang tidak bernyawa tapi membawa makna yang tiada bandingannya. Walaupun sudah lusuh menampakkan kekuningan di mamah usia bab pertama itu sekarang baru kita tahu nilai harganya. Itu lah bab rujukan kita untuk berjaya ketika dewasa yang sering kita tinggalkan dan hanya membelik-belik bab yang seterusnya mencari kebahagian dan kejayaan tanpa kita sedar dimana sebenarnya kebahagian dan kejayaan itu tercipta disaat kita mula mengenali dunia. Ingat la perjalanan itu memang jauh dan semuanya berbeza tapi permulaan kita tidak penah terus jadi kita dewasa, berjaya, dan bahagia kerana kebanyakan kita bermula dari pelajaran pertama iaitu menjadi dewasa tanpa mengenali apa yang kita lakukan sebenarnya.