Thursday 2 May 2013

Kita Dah Besar

Kita dah besar dah menjaungkau saban tahun tapi apa yang kita kecapi dengan apa yang kita jaja selama ini belum mengcukupi. Jangan duduk ditampuk yang lama memang sejarah silam mengajar kita tapi sampai bila kita nak cerita pada semua dengan apa yang kita lalui sebelum kita kecapi kejayaan kita. Kejayaan kita ada tapi ditahap yang mana sebuk menjaja sejarah tidak guna dah tiba masanya kita buka mata mencipta sejarah baru kejayaan dan bukan minta dilupa dengan silam kita tapi tidak guna kita masih ditempat yang kelam tanpa cahaya menceritakan dulu kita ini seorang yang bagaimana sehingga berjaya. Adakah kita tidak sedar atau  separuh sedar yang kita bercerita tentang kejayaan kita untuk orang mendengar siapa kita? Kita mendengar orang bercerita siapa kita tanpa kita bercerita sedarkah kita? 

Dalam dunia ni kita banyak bertanya mengapa dan kenapa kita sering ditempat yang sama. Ini persoalan dalam diri kita nak tunggu sampai bila nak cari jawapan sedangkan ia terletak dalam diri kita sendiri. Kita yang lebih mengenali diri kita kenapa perlu bertanya pada kau, kamu, dia, dan mereka. Memang betul "Tepuk dada tanya selera" tapi sebalik itu kita bertanya atau tidak apa sebenarnya selera kita. Adakah ia mengikut perancangan kita? Adakah ia dijalankan dengan kita sambil lewa membawa kejayaan kita? Sampai bila? Kita dah besar tahu apa yang kita inginkan cukup dengan sejarah lama mengajar kita buka mata perbetulkan langkah  semula dijalan yang sepatutnya sebelum kita pergi jauh ke tempat yang kita tidak tahu penghujungnya. Kita mungkin tidak sedar dalam membetulkan langkah kita, kita sudah pun berada dijalan yang tidak sepatutnya. Langkah dah betul tapi jalan dan hala tujuannya bagaimana? Cari masa fikirkan kita dah besar dan ramai yang memerhatikan kita. Dunia kita memang berbeza tapi seelok-eloknya perbezaan kita itu dilengkapi dengan kau, kamu, dia, dan mereka.
 

Tuesday 7 August 2012

Si Kecil itu Belajar Menjadi Dewasa


       Saat ini aku cuba mengerti kenapa jalan ini makin lama makin menguji diri ini dan aku pasti "Dunia Kita Berbeza" tidak akan terhenti mencari jawapan bagi pelbagai persoalan tentang kehidupan ini. Hari ini kita mula kembali kepada sejarah yang telah lama kita tinggalkan. Diwaktu kita sebuk membiarkan diri kita menjelajah dunia dewasa tanpa kita sedar ada pelajaran yang kita kejar ketika kita baru mengenali dunia. Buka kalam kehidupan kita pada bab pertama. Mungkin pada mula kita ketawa melihat terlatah Si Kecil itu belajar menjadi dewasa. Dari mengesot ia merangkak dari merangkak ia berdiri dan biar jatuh berulang kali tapi ia tetap berdiri dan melangkah satu demi satu sebelum ia dapat berjalan dan  terus berlari ke arah orang tua yang ia sayangi dan cintai. Indah bukan saat pertama kali mengenali sayang dan cinta dengan usaha yang tiada kenal erti putus asa. Bahagia ketika itu mungkin Si Kecil tidak mengerti sehingga la ia membacanya kembali ketika usia sudah meningkat dewasa. 

          Akhirnya kita sedar yang Si Kecil itu adalah kita dan air mata kita berlindangan melihat diri kita yang sudah dewasa dengan keadaan yang mudah putus asa walaupun dugaan yang datang berkunjung tiba itu tidak melebihi dari kemampuan kita. Kita terus rebah tanpa kenal erti usaha. Kita tiup segala habuk-habuk yang ada dan kita rapatkan mata di kalam yang tidak bernyawa tapi membawa makna yang tiada bandingannya. Walaupun sudah lusuh menampakkan kekuningan di mamah usia bab pertama itu sekarang baru kita tahu nilai harganya. Itu lah bab rujukan kita untuk berjaya ketika dewasa yang sering kita tinggalkan dan hanya membelik-belik bab yang seterusnya mencari kebahagian dan kejayaan tanpa kita sedar dimana sebenarnya kebahagian dan kejayaan itu tercipta disaat kita mula mengenali dunia. Ingat la perjalanan itu memang jauh dan semuanya berbeza tapi permulaan kita tidak penah terus jadi kita dewasa, berjaya, dan bahagia kerana kebanyakan kita bermula dari pelajaran pertama iaitu menjadi dewasa tanpa mengenali apa yang kita lakukan sebenarnya. 

Thursday 14 June 2012

Perbezaan Adalah Pelengkap Hidup Kita!!!

     Pena mula mengerti kenapa kalam ini perlu diisi, melengkapi dairi hari mencari apa yang belum lagi pasti,  perjalanan diteruskan dengan senyuman, mempelajari sebuah kehidupan yang jelas tidak mungkin tiada cabaran, jagat ini cuba memberi sesuatu yang nampak tersurat tapi sangat tersirat, melengkapi kekosongan dengan ketenangan, ketidak serasian dan terlampau banyak perbezaan menjadikan pergaduhan yang tiada batasan, kemanusian merungkai sifat pertelingkahan kerana ketidak terimaan teguran ketebalan keegoan.

    Baiklah hari ini kita cuba mengerti dan menghormati setiap persepsi individu disekeliling kita, persepsi individu mengatur dan menginterpretasikan kenyataan diri yang berbeza dari segala aspek kehidupan ini, membuatkan kita nampak berbeza daripada yang lain, perilaku dan pertuturan yang membentuk kita menjadi diri kita sendiri, mungkin menjadi seorang dewasa pemimpin yang berguna, petah dalam berbicara seolah pemimpin negara, menelaah dan mengolah kehidupan seseorang yang bertentangan dengan cara dan landasan hidup kita, membuat kita tidak sedar siapa diri kita dan kadang-kadang lupa kita juga manusia yang tidak akan penah sempurna.

     Kesibukkan mengkaji menjadikan diri kita bangga dengan apa yang kita ada sampai lupa teguran tidak lagi bermakna di telinga kita, percayalah hidup ini memang banyak yang berbeza dan landasan kita semua tidak penah sama sebab itu pertelingkahan sering menjadi mainan dunia, sedangkan perbezaan yang telah kita sedia ada memang nampak sempurna tapi masih ada yang perlu melengkapinya, iaitu perbezaan daripada individu disekeliling kita yang sering memberi cadangan dan cara yang berbeza semata-mata melengkapi yang kita tiada, memang kadang-kadang kita susah nak terima tapi persepsi diri yang berbeza yang melengkapi kita menjadi manusia yang lebih berguna, ketidakserasian dalam diri kita dengan dia aku kau dan mereka ialah pelengkap kehidupan kita, membuatkan kita sangat berbeza daripada yang susah menerima persepsi manusia yang pada lumrahnya kita dilahirkan untuk melengkapi antara satu sama lain, belajar dan menerima secara terbuka perbezaan yang sering buat kita berbalah adalah pelengkap kesempurnaan kita dalam menerajui jalan yang sungguh bermakna.... -Dunia Kita Berbeza-    

Saturday 26 November 2011

Siapa Suruh Jadi Orang Lain?

Siapa suruh jadi orang lain? itu la persoalan yang patut ada dalam diri kita, jalan hidup kini diteruskan lagi bagi menerajui masalah yang sering dihadapi oleh semua, seperti dijanjikan Dunia Kita Berbeza sudah pun kembali bagi merungkai perkara berbeza dalam diri yang merupakan satu cara dalam menangani masalah perbadi, Alhamdulilah hari ini kita sedar dengan kekurangan diri kita dan sering kali terfikir mengapa kita tidak dia atau pun mereka. Persoalan ini sering bermain dilubuk fikiran dan sanubari. Pelikkan tapi ini la kenyataan dalam diri kita suka jadi diri seseorang dari diri sendiri.

     Percaya atau tidak kita lebih bahagia jadi diri kita daripada orang lain. Lihat apa yang kita ada bukan cari apa yang kita tiada. Mungkin orang disekeliling kita banyak berbeza dengan kita begitu la juga mereka berasa sangat berbeza dengan diri kita. Kita dijadikan dengan penuh sempurna walaupun kadang-kadang ada kekurangannya tapi itu juga la kesempuraan bagi diri kita, orang lain mungkin lebih sempurna dari kita tapi sedar tidak sedar mereka juga merasa mereka tidak sempurna melihat kita. Jadi la diri kita kerana kejayaan akan tiba apabila kita mengenali diri sendiri. "Jika kita nak kira beza dia dan kita banyak lagi perbezaan mereka". -Dunia Kita Berbeza-

Saksikan Video Di Bawah Ini Mungkin Anda Akan Lebih Memahami

Sunday 14 August 2011

Kebaikan Yang Berterusan!!!

      Perjalanan diteruskan mencari ketenangan dalam kehidupan walaupun sering kali masalah menimpa diri, hari ini dunia tidak lagi seperti yang kita sangka, setiap kebaikan tidak semestinya di balas baik tetapi kita harus ingat buat baik mestilah berterusan, mungkin kita mula rasa muak jelek dengan kebaikan kita beri tidak mendatangkan sebarang hasil, tapi itu la kehidupan kita yang sering kali mengharapkan balasan sewajarnya dengan apa yang kita lakukan, buat la sesuatu dengan seikhlas hati dan tidak berharapkan sebarang balasan, biar siapa pun kita dan siapa pun dia yang pasti kita tetap kita, jangan risau kebaikan tetap akan datang kepada kita hanya masa dan bila sahaja kita tidak tahu, tidak semetinya hari ini kita buat baik hari ini juga kita dapat kebaikannya, 


      Begitulah juga kehidupan bila kita lihat dari segi aspek percambahan biji benih, hari ini kita tanam dan esok mungkin tiada perubahan tapi mungkin lusa ia mula nampak pertumbuhannya, saat itu kita mula gembira dengan apa yang kita semai telah pun membuahkan sedikit hasil, tapi jangan lupa bila suatu kebaikan itu datang kita hendaklah berterusan membuatnya supaya perkara lebih baik akan datang kepada kita, dunia kita berbeza bersuka mungkin boleh buat kita bahagia tetapi menangis juga berpunca dari kebahagiaan yang kita kecapi... :D 



Saturday 30 July 2011

Tanya Sama Pokok!

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana 
Terlalu banyak alasannya
duk terdiam


      Dalam sebuah perjalanan kehidupan kita sering tersilap jalan tapi tidak penah nak betulkan kerana wujudnya perasan bongkak dan angkuh dalam diri kita, kadang2 kita lebih rela ikut jalan yang salah daripada bertanyakan jalan yang betul, terlampau banyak kita berdalih bila orang bertanyakan arah kita kemana dan akhirnya kita hanya mampu duduk termenung memikirkan kemana sebenarnya arah tujuan kita tanpa kita sedar orang lain sudah pun berjaya.


Menyusur kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh



     Kita sedar dan bangun berjalan mencari haluan kehidupan yang lebih bermakna dengan membawa penyesalan perkara yang sudah pun berlalu kerana kegagalan merupakan satu kejayaan, ini la kita sudah terhantuk baru terngadah, air mata berlindangan dek kerana perbuatan kita dimasa yang lalu tapi percayalah air mata itu akan bertukar menjadi lindangan kegembiraan.

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga seandainya rebah
Kau masih ada


     Sering kali kegagalan menemui kita tapi kita tidak penah berubah sebab tiadanya kesedaran dalam diri kita, ingat la bila sesuatu kegagalan datang tanya pada diri kenapa dan kenapa, kegagalan tidak akan datang kalau tiada sebabnya, jangan  marah bila kita sering jatuh ditempat yang sama kerana ianya datang dari diri kita sendiri, seandainya kita jatuh dan tidak berdaya kita kena belajar bangun semula walaupun susah mana sekali pun kerana kehidupan kita masih jauh perjalanannya, mungkin kita jatuh sakit kadang2 langsung tidak berdaya tapi kita kena ingat itu bukan la titik akhir kehidupan kita.


Terlalu mahu dan mahu 
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
duk terdiam


     Keinginan sampai kita lupa kemahuan yang menjadi satu keperluan, aspek kehidupan menjadikan kita nak keperluan yang terbaik sehingga menyusahkan diri sendiri, hidup sekadar apa yang ada dan mengikut kemampuan sahaja, jangan terlampau inginkan kesempurnaan sebab kita memang dah pun sempurna dengan apa yang kita ada. 


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

     Kehidupan tidak penah susah tapi kita yang banyak menyusahkan kehidupan, bukan senang nak jadi senag bukan susah nak jadi susah, begitulah kehidupan kita pilihan dan haluan semuanya atas diri kita sendiri, jangan merungut sebab perjalanan kehidupan akhirnya misti ada kebahagian, mungkin yang susah itu berhikmah mungkin juga yang senang itu boleh menjadi musibah. 


Tuesday 26 July 2011

Kembara Kehidupan Diteruskan!

Perjalanan diteruskan untuk mencari makna sebenar sebuah  kehidupan, kesebukan seharian dalam meleraikan masalah yang dihadapi dengan penuh ketabahan, perkongsian penyelesaian yang cuba disampaikan, kadang-kadang rasa hanya sebuah perjalanan yang tiada batasan tapi penuh dengan halangan, pengajaran yang datang dengan pelbagai rupa tanpa kita sedar ia cuma sekadar dugaan yang membentuk jati diri kita ke arah yang lebih berguna, memahami keadaan sekeliling dan ragam manusia yang tidak sama pada awal dan akhirnya, teman yang mulanya ada bila mendaki bersama tapi jatuh berlainan curamnya, dulunya senang penarik segalanya dan bila kesusahan melanda hanya kesakitan sahaja yang menjadi kesannya, kematangan kehidupan yang buat kita sedar tentang kaca yang pada awalnya kelihatan seperti permata yang sangat berharga, begitu la jagat ini mengajar kita menilai dan mentafsir segala yang berada disekeliling kita, perjalanan tanpa mengunakan fikiran seumpama kehidupan yang tiada nilainya, dugaan tidak penah sama sebab dunia kita sangat berbeza....:D

p/s: blog jarang diupdatekan kerana kesibukkan seharian mencari makna kehidupan.... :D