Saturday 26 November 2011

Siapa Suruh Jadi Orang Lain?

Siapa suruh jadi orang lain? itu la persoalan yang patut ada dalam diri kita, jalan hidup kini diteruskan lagi bagi menerajui masalah yang sering dihadapi oleh semua, seperti dijanjikan Dunia Kita Berbeza sudah pun kembali bagi merungkai perkara berbeza dalam diri yang merupakan satu cara dalam menangani masalah perbadi, Alhamdulilah hari ini kita sedar dengan kekurangan diri kita dan sering kali terfikir mengapa kita tidak dia atau pun mereka. Persoalan ini sering bermain dilubuk fikiran dan sanubari. Pelikkan tapi ini la kenyataan dalam diri kita suka jadi diri seseorang dari diri sendiri.

     Percaya atau tidak kita lebih bahagia jadi diri kita daripada orang lain. Lihat apa yang kita ada bukan cari apa yang kita tiada. Mungkin orang disekeliling kita banyak berbeza dengan kita begitu la juga mereka berasa sangat berbeza dengan diri kita. Kita dijadikan dengan penuh sempurna walaupun kadang-kadang ada kekurangannya tapi itu juga la kesempuraan bagi diri kita, orang lain mungkin lebih sempurna dari kita tapi sedar tidak sedar mereka juga merasa mereka tidak sempurna melihat kita. Jadi la diri kita kerana kejayaan akan tiba apabila kita mengenali diri sendiri. "Jika kita nak kira beza dia dan kita banyak lagi perbezaan mereka". -Dunia Kita Berbeza-

Saksikan Video Di Bawah Ini Mungkin Anda Akan Lebih Memahami

Sunday 14 August 2011

Kebaikan Yang Berterusan!!!

      Perjalanan diteruskan mencari ketenangan dalam kehidupan walaupun sering kali masalah menimpa diri, hari ini dunia tidak lagi seperti yang kita sangka, setiap kebaikan tidak semestinya di balas baik tetapi kita harus ingat buat baik mestilah berterusan, mungkin kita mula rasa muak jelek dengan kebaikan kita beri tidak mendatangkan sebarang hasil, tapi itu la kehidupan kita yang sering kali mengharapkan balasan sewajarnya dengan apa yang kita lakukan, buat la sesuatu dengan seikhlas hati dan tidak berharapkan sebarang balasan, biar siapa pun kita dan siapa pun dia yang pasti kita tetap kita, jangan risau kebaikan tetap akan datang kepada kita hanya masa dan bila sahaja kita tidak tahu, tidak semetinya hari ini kita buat baik hari ini juga kita dapat kebaikannya, 


      Begitulah juga kehidupan bila kita lihat dari segi aspek percambahan biji benih, hari ini kita tanam dan esok mungkin tiada perubahan tapi mungkin lusa ia mula nampak pertumbuhannya, saat itu kita mula gembira dengan apa yang kita semai telah pun membuahkan sedikit hasil, tapi jangan lupa bila suatu kebaikan itu datang kita hendaklah berterusan membuatnya supaya perkara lebih baik akan datang kepada kita, dunia kita berbeza bersuka mungkin boleh buat kita bahagia tetapi menangis juga berpunca dari kebahagiaan yang kita kecapi... :D 



Saturday 30 July 2011

Tanya Sama Pokok!

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana 
Terlalu banyak alasannya
duk terdiam


      Dalam sebuah perjalanan kehidupan kita sering tersilap jalan tapi tidak penah nak betulkan kerana wujudnya perasan bongkak dan angkuh dalam diri kita, kadang2 kita lebih rela ikut jalan yang salah daripada bertanyakan jalan yang betul, terlampau banyak kita berdalih bila orang bertanyakan arah kita kemana dan akhirnya kita hanya mampu duduk termenung memikirkan kemana sebenarnya arah tujuan kita tanpa kita sedar orang lain sudah pun berjaya.


Menyusur kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh



     Kita sedar dan bangun berjalan mencari haluan kehidupan yang lebih bermakna dengan membawa penyesalan perkara yang sudah pun berlalu kerana kegagalan merupakan satu kejayaan, ini la kita sudah terhantuk baru terngadah, air mata berlindangan dek kerana perbuatan kita dimasa yang lalu tapi percayalah air mata itu akan bertukar menjadi lindangan kegembiraan.

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga seandainya rebah
Kau masih ada


     Sering kali kegagalan menemui kita tapi kita tidak penah berubah sebab tiadanya kesedaran dalam diri kita, ingat la bila sesuatu kegagalan datang tanya pada diri kenapa dan kenapa, kegagalan tidak akan datang kalau tiada sebabnya, jangan  marah bila kita sering jatuh ditempat yang sama kerana ianya datang dari diri kita sendiri, seandainya kita jatuh dan tidak berdaya kita kena belajar bangun semula walaupun susah mana sekali pun kerana kehidupan kita masih jauh perjalanannya, mungkin kita jatuh sakit kadang2 langsung tidak berdaya tapi kita kena ingat itu bukan la titik akhir kehidupan kita.


Terlalu mahu dan mahu 
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
duk terdiam


     Keinginan sampai kita lupa kemahuan yang menjadi satu keperluan, aspek kehidupan menjadikan kita nak keperluan yang terbaik sehingga menyusahkan diri sendiri, hidup sekadar apa yang ada dan mengikut kemampuan sahaja, jangan terlampau inginkan kesempurnaan sebab kita memang dah pun sempurna dengan apa yang kita ada. 


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

     Kehidupan tidak penah susah tapi kita yang banyak menyusahkan kehidupan, bukan senang nak jadi senag bukan susah nak jadi susah, begitulah kehidupan kita pilihan dan haluan semuanya atas diri kita sendiri, jangan merungut sebab perjalanan kehidupan akhirnya misti ada kebahagian, mungkin yang susah itu berhikmah mungkin juga yang senang itu boleh menjadi musibah. 


Tuesday 26 July 2011

Kembara Kehidupan Diteruskan!

Perjalanan diteruskan untuk mencari makna sebenar sebuah  kehidupan, kesebukan seharian dalam meleraikan masalah yang dihadapi dengan penuh ketabahan, perkongsian penyelesaian yang cuba disampaikan, kadang-kadang rasa hanya sebuah perjalanan yang tiada batasan tapi penuh dengan halangan, pengajaran yang datang dengan pelbagai rupa tanpa kita sedar ia cuma sekadar dugaan yang membentuk jati diri kita ke arah yang lebih berguna, memahami keadaan sekeliling dan ragam manusia yang tidak sama pada awal dan akhirnya, teman yang mulanya ada bila mendaki bersama tapi jatuh berlainan curamnya, dulunya senang penarik segalanya dan bila kesusahan melanda hanya kesakitan sahaja yang menjadi kesannya, kematangan kehidupan yang buat kita sedar tentang kaca yang pada awalnya kelihatan seperti permata yang sangat berharga, begitu la jagat ini mengajar kita menilai dan mentafsir segala yang berada disekeliling kita, perjalanan tanpa mengunakan fikiran seumpama kehidupan yang tiada nilainya, dugaan tidak penah sama sebab dunia kita sangat berbeza....:D

p/s: blog jarang diupdatekan kerana kesibukkan seharian mencari makna kehidupan.... :D   

Saturday 25 June 2011

Takut Gagal Lagi!!!

Pagi itu awan tidak sama cerahnya, kenapa dan kenapa, tertanya dan sering di tanya, kegagalan bukan sekali tetapi berkali-kali, ramai yang bertanya "gagal sekali tidak bermakna tidak akan gagal lagi?", bagaimana inginkan kejaya terus berjaya kalau gagal belum lagi sudah berfikir akan gagal lagi, bukan nak kata apa tapi ini satu pemikiran yang tidak patut kita ada dalam meneruskan kejayaan dalam menempuh kehidupan seharian kita, jangan peduli dengan kata-kata yang tidak membawa maksud apa-apa dalam menjayakan diri kita sendiri, kita sendiri sering bermain dengan kata-kata dan mudah terpengaruh dengan kata-kata, percayala kata-kata merupakan satu kuasa dimana apabila minda menerima kata-kata sebagai satu jalan yang tiada batasannya sehingga kita tidak nampak yang indah itu bukan sahaja mutiara malahan permata, disini kita boleh lihat dimana apabila kata-kata yang menjurus kepada kegagalan kita takut dan terus mencari jalan lain yang lebih mudah, ia mungkin ada jalan yang boleh berjaya tapi bagaimana dengan jalan yang kita tidak tahu hujung pangkalnya dan adakah kita pasti jalan yang kita lalui itu akan berjaya.

       Kita kerap mempersoalkan " betul ke jalan ni? macam susah je, ikut belah sini la", nampak bukankah kita yang sebenarnya takut menempuh kegagalan, belum tahu lagi akan gagal kita dah menyerah dan ini adalah salah satu contoh kita menghadapi masalah, belum tahu apa-apa lagi dah melarikan diri dari masalah, tapi bukan itu yang cuba dipertengahkan sekarang ini, macam mana sering diperkatakan sebenarnya pemikiran kita telah berubah dan mengubah penglihatan kita ke arah kegagalan tanpa sebarang usaha terus mencari kemudahan, ingat jalan mudah mungkin boleh mencapai kejayaan tetapi jalan yang susah mungkin dapat membuat diri kita lebih berpengalaman dalam menempuh dugaan yang mungkin lagi susah tetapi sungguh menyenangkan, fahamkan dan amalkan, selamat datang ke Dunia Kita Berbeza...:D

Tuesday 21 June 2011

Jatuh Lagi!!!

Dalam mencari erti kehidupan kita sering mengeluh apabila sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, kadang-kadang usaha ada tapi kegagalan juga yang kita kecapi, ilmu alam mungkin kita mengerti tetapi kita tidak faham bagaimana sesuatu benda yang sama sering menimpa kita, kejayaan ada tapi kita tidak nampak dengan jelas kerana kelalaian kita sendiri, kita masih diuji perkara yang sama dan tertanya "kenapa ni asyik benda yang sama je", tidak ke kita fikir yang jawapan itu sebenarnya ada pada diri kita, tiada guna bertanya tetapi tiada yang sudi menjawabnya, sampai bila nak cari penyelesaian dengan berdiri melihat kejayaan orang lain, bukankah kita juga sama macam mereka-mereka yang berjaya, jangan cakap kita ini memang dah tidak berguna, kerana kegunaan kita memang tidak sama, bila kita jatuh dah rebah di tempat yang sama mungkin ada sebab yang munasabah yang datang dari kita sendiri.

                  Fikirkan dan tanya pada diri "adakah langkah kita sama sebelum jatuh tadi" atau "mana tempat jatuh tadi", sebenarnya sikap kita yang tidak berubah bukan tiada perubahan dengan apa yang kita usahakan, sikap kita yang kadang-kadang sambil lewa menghadapi perkara yang sama lalu berkata "alah senang je benda ni, hari tu dah gagal takan gagal lagi", ye memang petah berkata tetapi penambahan usaha hanya secukup rasa kesalahan lama kita bawa bersama, akhirnya jatuh semula dan mengeluh sambil menyalahkan hukum alam  yang tiada kena mengena, ingat perjalanan mungkin banyak dugaannya tapi jangan jatuh di dugaan yang sama, kalau jatuh juga adalah kerana diri kita melangkah dengan rasa bangga tanpa memikirkan kisah lama yang kita penah jatuh di tempat yang sama pada masa yang berbeza.... :D

Friday 17 June 2011

Pemikiran Adalah Hidup Kita!!!

Merungkai sebuah kalam yang berjudul kehidupan sering kali membuat kita tertanya apa yang sebenarnya yang tersirat dan tersurat di sebalik apa yang terjadi, susah untuk mengerti dan mentafsir kehidupan yang kita lalui, macam mana cara pemikiran kita yang boleh mempengaruhi perjalanan kehidupan kita, mungkin kita tidak sedar ataupun dalam keadaan separuh sedar, pemikiran adalah satu kuasa yang kita tidak nampak pada zahirnya tapi boleh mendatangkan impak yang besar dalam kehidupan kita, selalu dengar orang di sekeliling kita berkata "jangan sempit sangat pemikiran tu!" atau "buka sikit pemikiran tu!", nampak bukan pemikiran seolah2 sebuah kehidupan yang mempunyai jalan2 yang sempit, buka, luas dan macam2 lagi, cara pemikiran adalah kehidupan kita, makin kita sempitkan cara pemikiran kita semakin sempit la jalan hidup kita, semakin terbuka pemikiran kita ke arah yang lebih baik maka hidup kita akan jadi lebih baik.

               Masih ingat lagi post tentang "Mana satu jalan ni!!!" ada akhir sekali tertulis "kehidupan tidak penah susah tapi kita yang banyak menyusahkan kehidupan", disini mungkin kita tidak nampak secara zahirnya, bila kita rungkai dan tafsir isinya kita akan faham bahawa pemikiran kita sering kali berkata "susahnya hidup ini", maka kita telah tukarkan kuasa pemikiran kita menjadi satu jalan kehidupan yang menyusahkan, ingatlah biar apa pun yang berlaku pada setiap jalan kehidupan yang kita lalui hendaklah kita berfikiran secara positif seperti senangnya, luas, dan sebagainya, senangkan bila kehidupan kita dalam pemikiran kita patutla dunia kita berbeza... :D

Monday 13 June 2011

Dunia Itu Bulat!!!

Dunia itu bulat, sedar tidak sedar kita hanya tahu dunia itu satu kehidupan, tetapi kehidupan yang bagaimana? sering kali kalau kawan berkata ketika kegagalan dan kecelakaan menimpa diri "nama pun hidup kadang2 diatas kadang2 dibawah", betul tepat sekali tapi itu bukan yang cuba disampaikan pada post kali ini, sebenarnya dunia itu bulat dan berpusing betul2 macam kehidupan dan keinginan kita, kita sering inginkan sesuatu yang terbaik dan layanan daripada kawan ataupun orang disekeliling kita, kita ingin orang lain bahagiakan kita, hormat kita, senyum dekat kita, sayang kita dan macam2 lagi, kita sering marah dan berkata begini apabila orang tidak melayan kita dengan apa yang kita inginkan "buat apa aku nak senyum dekat dia kalau dia tidak senyum dekat aku" atau "perlu ke aku hormat dia, dia tidak penah hormat aku pun", ingat jangan biasakan berkata begini didalam kehidupan kerana kita lupa yang sebenarnya dunia ini satu kehidupan yang berputar, kita sering nak orang layan kita dengan sebaik-baiknya tapi sedar tidak bagaimana layanan kita kepada orang lain, ini adalah diri kita yang sebenarnya benda yang kita tidak suka adalah benda yang kita buat, begitulah kehidupan didunia bila kita buat baik kepada seseorang kita akan dibalas baik, nak diri dihormati belajar untuk menghormati orang lain begitu juga pada hal2 yang lain,   lagi satu selalu tanya pada diri kenapa aku dilayan sebegini rupa, jika kita selalu buat baik dan dibalas tidak baik misti bersebab dan  ada hikmahnya bukan merungut kecewa marah tidak tentu pada tempatnya, bulatnya dunia itu tetapi lebih baik kalau kita yang capai perkara baik itu dan tidak menunggu dan berkata "kalau dia senyum dekat aku dulu baru aku senyum dekat dia", macam mana pulak dengan kerjayaan? nak juga kata begitu, nak tengok orang berjaya dulu? ingat sesuatu perbuatan yang mempunyai perkataan "dulu" dari segi positifnya adalah kerjayaan dalam kehidupan, syok bukan bila dunia kita mula berbeza... "D

Sunday 12 June 2011

Nak Jadi Sempurna!!!

hari ini tidak sama macam semalam dan tidak akan sama macam ke esokkan harinya, begitula hidup yang sering kita hadapi, sering kali inginkan kesempurnaan dalam hari2 dan detik2 yang dilalui, terlampau sebuk menyempurnakan diri dengan keadaan sehingga menimbulkan pemasalahan, adakah itu sempurna, jangan terlampau kejar kesempurnaan dalam kehidupan, buka hati berlajar menerima apa yang ada kerana bila kita menerima apa yang kita ada dan tidak kejar untuk jadi sempurna sebenarnya kita sudah pun sempurna, lumrah manusia mencari yang lebih baik dan berubah menjadi lebih baik, ye memang betul boleh berubah jadi lebih baik dan itu amat digalakkan tapi kalau mendatangkan kemudaratan pun juga tidak membawa apa2 kebaikan, masalah tidak sama dan ye datang dan pergi macam orang2 disekeliling kita, kita cuba jadi yang terbaik di depan mata semua sehingga tiada seorang pun nampak apa yang berlaku dalam hidup kita, indahnya dapat  buat orang gembira dengan senyuman kita yang penuh dengan isi tersurat dan tersirat, jagat ini berputar seperti biasa kebahgiaan yang kita bagi kepada orang2 disekeliling kita adalah kebahgiaan kita sebenarnya, perlu ke kita berpura2 bahagia, ye memang perlu sebab apa dengan berpura2 la kita boleh lihat kebahgiaan orang lain dan akhirnya kita turut bahagia kerana melihat orang bahagia, kenapa perlu jadi terlampau sempurna kita memang dah pun sempurna dengan apa kita ada, jadi la diri kita kerana kelainan kita ada lah satu kesempurnaan di mata orang lain... pandangan dunia kita berbeza bukan... :D

Wednesday 8 June 2011

apa ada dekat hujung tangga tu!!!

apa yang kita lihat setiap kali kita naik tangga, kita ingin sampai ke atas dengan selamatnya, tapi tangga tak semua sama, ada yang tinggi rendah berputar dan macam2 lagi, kehidupan ibarat tangga, memang senang kalau nak cakap hidup ni macam tangga, tapi macam tu macam apa??? baiklah buka kalam tentang kehidupan kita, dalam mendaki tangga kadang2 kita tak tahu apa ada kat hujung tangga, kita jadi takut nak menuju pendakian yang jauh bila kita tak nampak matlamat kita, untuk menaiki tangga kehidupan tidak susah sebenarnya, betul mungkin banyak kekecewaan dan penyesalan dalam menaiki tangga kehidupan, lagi-lagi sakit bila jatuh, jatuh pulak kalau sempat pegang tepi tangga tidak apa ni tidak terus tergolek sampai ke bawah, bengkak pedih kadang2 sampai patah tulang kita, di situ la nilai hidup kita sedang di uji, jangan mengalah ingat tuhan tidak akan uji kita benda yang kita tidak mampu nak hadapi, lagi satu bila dah jatuh mungkin ada orang perasan mungkin tidak, ialah kadang2 kita sering berharap dan berkata dalam hati "aku akan bangun kalau ada orang tolong aku", sampai bila kita nak macam tu, nak tunggu orang datang tolong kita dan baru nak mendaki, memang kita akan ketinggalan, bangunlah kejayaan tidak datang dengan sendiri, biar sekali pun kita terpaksa merangkak dan mengesot untuk mendaki kita tetap kena terus mendaki, tangga kehidupan  tidak ubah seperti tangga di rumah juga, kene sentiasa berhati- hati tidak boleh main lari sahaja nanti jatuh tidak ke menyusahkan kita nak mendaki semula, untung kalau ada orang yang nampak kita di tempat kejadian kalau tidak, mngkin juga dalam hati mereka berkata "inilah jadinya kalau tidak berhati-hati dah menyusahkan aku", jadi simpan dalam diri jangan terlampau berharap pertolongan orang ketika jatuh dalam kehidupan, tapi ingat jika nampak ada orang yang jatuh  dalam  menaiki tangga kehidupan kita kene tolong sebab itu membuatkan kita jadi lebih berjaya, lihat menaiki tangga setingkat demi setingkat biar lambat susah macam mana sekali pun kita kene teruskan juga, dalam tangga kehidupan memang tiada lagi tangga elektrik(escalator), semuanya kita kene usaha sendiri, sebenarnya yang kita takut nak naik tangga kehidupan itu adalah sebenarnya kejayaan kita... Banyak beza rupanya dunia kita nie... :D 

Tuesday 7 June 2011

Mana satu jalan ni!!!

sering kali kita berjalan dan mencari arah destinasi kita, bertuah kalau menaiki kenderaan beramai-ramai  tapi tidak semestinya rugi kalau berjalan kaki seorang diri, begitula kehidupan seharian kita yang selalu kene buat pilihan bagi mencapai apa yang di hajati, pilihan itu lah jalan dan jalan itu la yang menuju impian, susah ke senang bila ada dua jalan, macam mana kalau kita diberi lebih daripada dua jalan, kita nak duduk di persimpangan sambil berfikir jalan yang mana patut kita lalui tanpa penyesalan, mungkin kita akan ketinggalan dan kita dah pun dalam kekesalan, tanam dalam diri supaya berani mencuba bukan menunggu dan berputus asa, ubah cara pemikiran kita bahawa pemilihan jalan mana yang kita hendak lalui itu bukan satu penghalang kejayaan, bila kita pikirkan balik kita selalu salah jalan dalam memburu impian tapi kita kena ingat di sebalik kegagalan banyak impian yang mendatang tanpa kita perasan, yang penting kita jangan mudah mengalah biar salah dahulu betul kemudian, kerana kegagalan dan pengalaman yang memeritkan adalah guru yang terbaik dalam mendidik kita tentang kehidupan, jangan la risau mungkin sekarang tanpa kita sedar kita salah landasan, tapi bila sedar kita hendaklah perbetulkan jangan pulak kita teruskan, dan setiap langkah biar ada kesan tapaknya supaya senang kalau salah kita pulang ke pangkal jalan, kehidupan tidak penah susah tapi kita yang banyak menyusahkan kehidupan, sebab tu la dunia kita banyak perbezaan.... :D

Monday 6 June 2011

Pokok itu Bergoyang. Kenapa???

Buka buku kehidupan korang teliti apa yang cuba sampaikan, sering kali rasa hidup ni di awangan bukan??? kadang2 di atas kadang2 dibawah, YUP!!! itu maknanya korang still normal la, kadang ke kiri kadang ke kanan, itu la keputusan yang susah kita putuskan, kadang patah susah nak bercambah tapi tidak semestinya tidak bercambah, macam tu la juga jatuh kadang2 teruk sangat tapi jangan mengalah, xpe korang jangan risau nama pun kehidupan, cuaca tidak menentu pokok tetap disitu membesar dan berkhidmat kepada makhluk lain seperti aku kamu kami mereka dan semua, teguhnya pendirian pokok tu susah senang dia tetap bangun, walaupun pokok disitu sedar tidak sedar kita sering bagi dia semangat, kita tepuk dan berteduh bawah dia, itu la semangat untuk pokok, maknanya disini korang mungkin tidak nampak dalam kehidupan korang ada orang sekeliling yang bagi korang semangat tanpa korang perasaan, nak tahu siapa??? mereka adalah orang yang sering menunjuk2 kejayaan mereka pada kita, bila pemikiran kita secara positivenya berfikir kita boleh nampak yang mereka telah mengubah kita jadi lebih berjaya, so berterima kasih la kepada mereka yang suka menunjuk2 tu k... Berbezakan dunia kita....  :D