Tuesday 7 August 2012

Si Kecil itu Belajar Menjadi Dewasa


       Saat ini aku cuba mengerti kenapa jalan ini makin lama makin menguji diri ini dan aku pasti "Dunia Kita Berbeza" tidak akan terhenti mencari jawapan bagi pelbagai persoalan tentang kehidupan ini. Hari ini kita mula kembali kepada sejarah yang telah lama kita tinggalkan. Diwaktu kita sebuk membiarkan diri kita menjelajah dunia dewasa tanpa kita sedar ada pelajaran yang kita kejar ketika kita baru mengenali dunia. Buka kalam kehidupan kita pada bab pertama. Mungkin pada mula kita ketawa melihat terlatah Si Kecil itu belajar menjadi dewasa. Dari mengesot ia merangkak dari merangkak ia berdiri dan biar jatuh berulang kali tapi ia tetap berdiri dan melangkah satu demi satu sebelum ia dapat berjalan dan  terus berlari ke arah orang tua yang ia sayangi dan cintai. Indah bukan saat pertama kali mengenali sayang dan cinta dengan usaha yang tiada kenal erti putus asa. Bahagia ketika itu mungkin Si Kecil tidak mengerti sehingga la ia membacanya kembali ketika usia sudah meningkat dewasa. 

          Akhirnya kita sedar yang Si Kecil itu adalah kita dan air mata kita berlindangan melihat diri kita yang sudah dewasa dengan keadaan yang mudah putus asa walaupun dugaan yang datang berkunjung tiba itu tidak melebihi dari kemampuan kita. Kita terus rebah tanpa kenal erti usaha. Kita tiup segala habuk-habuk yang ada dan kita rapatkan mata di kalam yang tidak bernyawa tapi membawa makna yang tiada bandingannya. Walaupun sudah lusuh menampakkan kekuningan di mamah usia bab pertama itu sekarang baru kita tahu nilai harganya. Itu lah bab rujukan kita untuk berjaya ketika dewasa yang sering kita tinggalkan dan hanya membelik-belik bab yang seterusnya mencari kebahagian dan kejayaan tanpa kita sedar dimana sebenarnya kebahagian dan kejayaan itu tercipta disaat kita mula mengenali dunia. Ingat la perjalanan itu memang jauh dan semuanya berbeza tapi permulaan kita tidak penah terus jadi kita dewasa, berjaya, dan bahagia kerana kebanyakan kita bermula dari pelajaran pertama iaitu menjadi dewasa tanpa mengenali apa yang kita lakukan sebenarnya.