There was an error in this gadget

Thursday, 14 June 2012

Perbezaan Adalah Pelengkap Hidup Kita!!!

     Pena mula mengerti kenapa kalam ini perlu diisi, melengkapi dairi hari mencari apa yang belum lagi pasti,  perjalanan diteruskan dengan senyuman, mempelajari sebuah kehidupan yang jelas tidak mungkin tiada cabaran, jagat ini cuba memberi sesuatu yang nampak tersurat tapi sangat tersirat, melengkapi kekosongan dengan ketenangan, ketidak serasian dan terlampau banyak perbezaan menjadikan pergaduhan yang tiada batasan, kemanusian merungkai sifat pertelingkahan kerana ketidak terimaan teguran ketebalan keegoan.

    Baiklah hari ini kita cuba mengerti dan menghormati setiap persepsi individu disekeliling kita, persepsi individu mengatur dan menginterpretasikan kenyataan diri yang berbeza dari segala aspek kehidupan ini, membuatkan kita nampak berbeza daripada yang lain, perilaku dan pertuturan yang membentuk kita menjadi diri kita sendiri, mungkin menjadi seorang dewasa pemimpin yang berguna, petah dalam berbicara seolah pemimpin negara, menelaah dan mengolah kehidupan seseorang yang bertentangan dengan cara dan landasan hidup kita, membuat kita tidak sedar siapa diri kita dan kadang-kadang lupa kita juga manusia yang tidak akan penah sempurna.

     Kesibukkan mengkaji menjadikan diri kita bangga dengan apa yang kita ada sampai lupa teguran tidak lagi bermakna di telinga kita, percayalah hidup ini memang banyak yang berbeza dan landasan kita semua tidak penah sama sebab itu pertelingkahan sering menjadi mainan dunia, sedangkan perbezaan yang telah kita sedia ada memang nampak sempurna tapi masih ada yang perlu melengkapinya, iaitu perbezaan daripada individu disekeliling kita yang sering memberi cadangan dan cara yang berbeza semata-mata melengkapi yang kita tiada, memang kadang-kadang kita susah nak terima tapi persepsi diri yang berbeza yang melengkapi kita menjadi manusia yang lebih berguna, ketidakserasian dalam diri kita dengan dia aku kau dan mereka ialah pelengkap kehidupan kita, membuatkan kita sangat berbeza daripada yang susah menerima persepsi manusia yang pada lumrahnya kita dilahirkan untuk melengkapi antara satu sama lain, belajar dan menerima secara terbuka perbezaan yang sering buat kita berbalah adalah pelengkap kesempurnaan kita dalam menerajui jalan yang sungguh bermakna.... -Dunia Kita Berbeza-    

1 comment:

  1. sangat mendalam setiap kata-kata yg disampaikan itu wahai penulis... =)))

    ReplyDelete