There was an error in this gadget

Tuesday, 7 June 2011

Mana satu jalan ni!!!

sering kali kita berjalan dan mencari arah destinasi kita, bertuah kalau menaiki kenderaan beramai-ramai  tapi tidak semestinya rugi kalau berjalan kaki seorang diri, begitula kehidupan seharian kita yang selalu kene buat pilihan bagi mencapai apa yang di hajati, pilihan itu lah jalan dan jalan itu la yang menuju impian, susah ke senang bila ada dua jalan, macam mana kalau kita diberi lebih daripada dua jalan, kita nak duduk di persimpangan sambil berfikir jalan yang mana patut kita lalui tanpa penyesalan, mungkin kita akan ketinggalan dan kita dah pun dalam kekesalan, tanam dalam diri supaya berani mencuba bukan menunggu dan berputus asa, ubah cara pemikiran kita bahawa pemilihan jalan mana yang kita hendak lalui itu bukan satu penghalang kejayaan, bila kita pikirkan balik kita selalu salah jalan dalam memburu impian tapi kita kena ingat di sebalik kegagalan banyak impian yang mendatang tanpa kita perasan, yang penting kita jangan mudah mengalah biar salah dahulu betul kemudian, kerana kegagalan dan pengalaman yang memeritkan adalah guru yang terbaik dalam mendidik kita tentang kehidupan, jangan la risau mungkin sekarang tanpa kita sedar kita salah landasan, tapi bila sedar kita hendaklah perbetulkan jangan pulak kita teruskan, dan setiap langkah biar ada kesan tapaknya supaya senang kalau salah kita pulang ke pangkal jalan, kehidupan tidak penah susah tapi kita yang banyak menyusahkan kehidupan, sebab tu la dunia kita banyak perbezaan.... :D

7 comments: