Saturday 25 June 2011

Takut Gagal Lagi!!!

Pagi itu awan tidak sama cerahnya, kenapa dan kenapa, tertanya dan sering di tanya, kegagalan bukan sekali tetapi berkali-kali, ramai yang bertanya "gagal sekali tidak bermakna tidak akan gagal lagi?", bagaimana inginkan kejaya terus berjaya kalau gagal belum lagi sudah berfikir akan gagal lagi, bukan nak kata apa tapi ini satu pemikiran yang tidak patut kita ada dalam meneruskan kejayaan dalam menempuh kehidupan seharian kita, jangan peduli dengan kata-kata yang tidak membawa maksud apa-apa dalam menjayakan diri kita sendiri, kita sendiri sering bermain dengan kata-kata dan mudah terpengaruh dengan kata-kata, percayala kata-kata merupakan satu kuasa dimana apabila minda menerima kata-kata sebagai satu jalan yang tiada batasannya sehingga kita tidak nampak yang indah itu bukan sahaja mutiara malahan permata, disini kita boleh lihat dimana apabila kata-kata yang menjurus kepada kegagalan kita takut dan terus mencari jalan lain yang lebih mudah, ia mungkin ada jalan yang boleh berjaya tapi bagaimana dengan jalan yang kita tidak tahu hujung pangkalnya dan adakah kita pasti jalan yang kita lalui itu akan berjaya.

       Kita kerap mempersoalkan " betul ke jalan ni? macam susah je, ikut belah sini la", nampak bukankah kita yang sebenarnya takut menempuh kegagalan, belum tahu lagi akan gagal kita dah menyerah dan ini adalah salah satu contoh kita menghadapi masalah, belum tahu apa-apa lagi dah melarikan diri dari masalah, tapi bukan itu yang cuba dipertengahkan sekarang ini, macam mana sering diperkatakan sebenarnya pemikiran kita telah berubah dan mengubah penglihatan kita ke arah kegagalan tanpa sebarang usaha terus mencari kemudahan, ingat jalan mudah mungkin boleh mencapai kejayaan tetapi jalan yang susah mungkin dapat membuat diri kita lebih berpengalaman dalam menempuh dugaan yang mungkin lagi susah tetapi sungguh menyenangkan, fahamkan dan amalkan, selamat datang ke Dunia Kita Berbeza...:D

1 comment: