There was an error in this gadget

Tuesday, 21 June 2011

Jatuh Lagi!!!

Dalam mencari erti kehidupan kita sering mengeluh apabila sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, kadang-kadang usaha ada tapi kegagalan juga yang kita kecapi, ilmu alam mungkin kita mengerti tetapi kita tidak faham bagaimana sesuatu benda yang sama sering menimpa kita, kejayaan ada tapi kita tidak nampak dengan jelas kerana kelalaian kita sendiri, kita masih diuji perkara yang sama dan tertanya "kenapa ni asyik benda yang sama je", tidak ke kita fikir yang jawapan itu sebenarnya ada pada diri kita, tiada guna bertanya tetapi tiada yang sudi menjawabnya, sampai bila nak cari penyelesaian dengan berdiri melihat kejayaan orang lain, bukankah kita juga sama macam mereka-mereka yang berjaya, jangan cakap kita ini memang dah tidak berguna, kerana kegunaan kita memang tidak sama, bila kita jatuh dah rebah di tempat yang sama mungkin ada sebab yang munasabah yang datang dari kita sendiri.

                  Fikirkan dan tanya pada diri "adakah langkah kita sama sebelum jatuh tadi" atau "mana tempat jatuh tadi", sebenarnya sikap kita yang tidak berubah bukan tiada perubahan dengan apa yang kita usahakan, sikap kita yang kadang-kadang sambil lewa menghadapi perkara yang sama lalu berkata "alah senang je benda ni, hari tu dah gagal takan gagal lagi", ye memang petah berkata tetapi penambahan usaha hanya secukup rasa kesalahan lama kita bawa bersama, akhirnya jatuh semula dan mengeluh sambil menyalahkan hukum alam  yang tiada kena mengena, ingat perjalanan mungkin banyak dugaannya tapi jangan jatuh di dugaan yang sama, kalau jatuh juga adalah kerana diri kita melangkah dengan rasa bangga tanpa memikirkan kisah lama yang kita penah jatuh di tempat yang sama pada masa yang berbeza.... :D

3 comments:

  1. hurm.btl2 mcm sikap aku.kkdg 2 memang cpt bnr nak slhkn smua bnda.hiks2.n0w aku mahu BERBUBAH.tq=)

    ReplyDelete
  2. kena salahkan diri sendiri dulu..
    ubah diri dulu..
    tak boleh salahkan benda lain atas kelalaian sendiri..;)

    ReplyDelete
  3. gagal sekali bukan bermakna takkan gagal lagi..rite ? =)

    ReplyDelete